Skip to content

Undang-undang kesihatan untuk wakil rakyat

January 24, 2011

Oleh: Amin Iskandar

BN dan Pakatan Rakyat kehilangan berberapa wakil rakyat akibat serangan penyakit, antaranya serangan jantung, angin ahmar, barah dan penyakit paru-paru.

Lalu ramai yang bertanya, apakah ini disebabkan kesan persaingan baru antara BN dan Pakatan, yang buat pertama kalinya berubah komposisi secara mendadak di parlimen Malaysia dan DUN negeri-negeri?

azlanAda logiknya juga dakwaan ini. Sebelum ini, wakil rakyat BN tidak mempunyai ramai pesaing.

Kini selepas Pakatan menjadi kuasa politik yang kuat, kesemua mereka harus bekerja keras untuk berdebat dan berlawan mengenai pelbagai isu.

Senarai di sebelah menunjukkan bahawa ramai wakil rakyat tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Ujian mental, fizikal 10 jam

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam mencadangkan agar semua wakil rakyat wajib menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik untuk berkhidmat .

Liow akan membawa cadangan ini ke mesyuarat kabinet akan datang.

Ini satu usaha yang baik bagi memastikan setiap wakil rakyat yang bekerja siang dan malam untuk menjaga rakyat akan turut menjaga diri mereka sendiri, terutamanya dari segi kesihatan.

Ujian kesihatan sebelum pilihan raya Untuk pilihan raya umum ke-13, saya ingin mencadangkan agar satu undang-undang diperkenalkan agar setiap orang yang ingin bertanding merebut sesuatu kerusi mestilah lulus ujian kesihatan terlebih dahulu.

Di Indonesia, pada tahun 2009, kesemua calon yang bertanding pilihan raya presiden dikenakan syarat itu sebelum dibenarkan untuk turut serta bersaing.

pengkalan pasir by election 061205 medical helpNama-nama besar seperti Susilo Bambang Yudhoyono, Jusuf Kalla, Megawati Sukarnoputri dan Prabowo juga terpaksa menjalani ujian kesihatan mental dan fizikal di Hospital Gatot Subroto Jakarta Pusat yang diketuai doktor terkenal Dr Supriyantoro selama 10 jam.

Malaysia juga harus mempunyai undang-undang yang sama. Jumlah 11 kematian wakil rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 menguatkan lagi keperluan ini.

Wakil rakyat yang diundi dalam pilihan raya haruslah mempunyai keadaan kesihatan yang baik.

Read more…

Analisa PRK Galas dan Batu Sapi

November 11, 2010

Pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi yang berlangsung baru-baru ini merubah rentak politik negara.

Galas yang dimiliki PAS dirampas oleh calon UMNO. BN berjaya mempertahankan kerusi mereka di Batu Sapi.

Keputusan PRK di kedua-dua kerusi tersebut membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP masih belum kuat untuk mengambil alih negara pada PRU 13.

Mengapa saya berkata begitu?

1) Keputusan meletakkan calon PKR di Batu Sapi membuktikan kepimpinan tertinggi Pakatan masih belum mempunyai jiwa besar kerana gagal untuk membeli hati Yong Teck Li agar SAPP menyertai mereka.

2) Kekuatan undi Cina bukanlah satu “safe deposit” untuk Pakatan.

3) Undi masyarakat pribumi dan majoriti adalah kunci kepada Putrajaya dimana BN masih menguasainya.

4) Program Pakatan untuk orang-orang Melayu dan Bumiputera masih belum meyakinkan dan usaha untuk menembusi kubu-kubu kuat BN masih lagi lemah.

5) Pimpinan Pakatan kebanyakkannya bersikap syok sendiri kerana lebih selesa berceramah dihadapan ribuan orang yang merupakan penyokong setia mereka berbanding untuk berusaha sedaya upaya untuk masuk ke kubu BN.

6) Kesilapan strategi kempen seperti menyerang Tengku Razaleigh Hamzah menyumbang kepada kegagalan untuk mempertahankan Galas.

Keputusan kedua-dua PRK Galas dan Batu Sapi memberikan “vitamin” kepada BN selepas kalah dalam banyak PRK.

Pilihanraya kecil Sarawak yang bakal berlangsung tahun hadapan akan menjadi “barometer” kepada keputusan PRU 13.

Jika BN menang besar, harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya dalam PRU 13 akan tinggal harapan.

Amin Iskandar,

Pengerusi.

Yunus Ali

October 22, 2010

Sudah hampir sebulan Yunus Ali meninggalkan kami. Akan tetapi, masih ramai yang belum dapat melupakan beliau.

Di Thailand saya melawat pejabat Asian Network for Free Election (ANFREL). Disini, staf-stafnya masih lagi bercerita tentang Yunus.

Siapa yang dapat melupakan sifat lemah lembut dan penyayang Yunus? Pengarah Eksekutif ANFREL, Somsri Hananuntasuk masih lagi terkenang ketika Yunus membantu memimpin misi pemantauan di Mindanao pada tahun 2007.

Pada ketika itu, pengalaman dan ilmu perang Yunus yang tinggi telah menyelamatkan Somsri dari terbunuh dalam berberapa siri keganasan pilihanraya oleh pihak bertelagah.

Selain itu, kecekapan Yunus dalam menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar ANFREL telah menaikkan nama organisasi tersebut di media-media di Filipina.

Al-Fatihah buat Yunus Ali. Pengerusi pertama NIEI yang amat kami kasihi.

Politik Thailand

October 20, 2010

Thailand kelihatan tenang. Akan tetapi, perlawanan politiknya masih belum selesai.

Tahun hadapan pilihanraya umum akan diadakan semula. Namun ianya tidak menjamin kestabilan akan kembali.

Perpecahan diantara kelompok merah dan kuning tidak memperlihatkan kesudahannya.

Masing-masing membenci sesama sendiri. Siapapun yang menang dalam pilihanraya akan datang tidak dapat memberikan jaminan untuk menggembalikan Thailand yang lebih stabil.

Suasana Kempen di Penanti

May 30, 2009
tags: ,

Semenjak penamaan calon PRK kawasan ADUN Penanti pada hari Sabtu, 23hb May 2009 yang lalu, setiap malam 3-4 ceramah kempen pilihanraya diadakan. Tidak kurang daripada 20 ceramah telah diadakan setakat ini.

Menurut polis, 34 permit ceramah telah diluluskan dan setakat ini tidak ada permohonan permit ceramah yang ditolak.

Seratus peratus ceramah2 itu adalah anjuran PR.

Sangat berbeza dengan keadaan kempen PRK Permatang Pauh ketika Anwar Ibrahim (PR) bertanding melawan Arif Shah (UMNO) dulu.

Ketika itu banyak kerumitan, kerenah dan gangguan terhadap ceramah kempen PR. Permit ceramah tidak diluluskan, permit ceramah dilewat2kan kelulusannya – ada2 saja.

Ketika itu banyak sekatan jalanraya dibuat2 supaya perjalanan lalu-lintas jadi sesak dan lambat. Orang nak pergi ceramah tergendala. Orang awam yang menggunakan jalanraya menyumpah seranah.

Ketika itu, meski pun permit dilulus dan ceramah diadakan, berlaku pula gangguan helikopter beredar2 terbang di atas ruang angkasa tempat perhimpunan ceramah. Suara orang berceramah ditenggelamkan oleh bunyi bising helikopter.

Lampu spotlight dari helikopter itu pula disuluhkan kepada orang ramai yang berhimpun berceramah, sehingga menaikkan kemarahan – pastinya provokasi.

Tetapi kali ini, tanpa UMNO bertanding, keadaan terurus dengan aman dan damai. Polis pun nampaknya pada keseluruhannya tak ambil pot terhadap kempen2 dan ceramah PR.

Alangkah sejahteranya Malaysia jika semua PRK dan PRU apabila UMNO (dan juga BN) tak masuk campur dan tidak bertanding.

Lega beb!

Tak caya datanglah ke Penanti.

Yunus Ali,

Pengerusi NIEI

29 Mei 2009


Pilihanraya (kecil atau umum) tidak membazir

May 28, 2009

Ikutilah pandangan daripada bekas Menteri Undang-undang yang kini merupakan Pengerusi kepada Yayasan My Future disini.

Catatan di Penanti

May 28, 2009

NIEI berada di Penanti untuk memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) di DUN tersebut bermula 22 Mei 2009.

Kami telah mengeluarkan kenyataan mengenai Hari Penamaan calon disini.

Sehingga hari ini, kempen pilihanraya berjalan lancar. Poster calon-calon yang bertanding kelihatan di sepanjang kawasan Penanti dimana poster dan bendera dari calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendominasi sepanjang kawasan DUN Penanti berbanding dengan calon-calon bebas yang bertanding.

Anggota keselamatan yang ditempatkan di Penanti tidak begitu ramai berbanding dengan PRK yang kami pantau sebelum ini seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Jelaslah tanpa kehadiran anggota keselamatan yang ramai sekalipun pilihanraya kecil masih boleh berjalan dengan aman dan tenteram.

Walaubagaimanapun, kehadiran polis trafik untuk membantu para pejalan kaki melintas jalan bagi menghadiri ceramah-ceramah kempen pilihanraya amat dialu-alukan.

Akan tetapi tidak perlulah anggota-anggota keselamatan mengadakan sekatan jalanraya berhampiran dengan tempat ceramah kerana ini akan menakutkan pengundi-pengundi untuk menghadiri ceramah sekaligus bertentangan dengan semangat demokrasi dan kebebasan untuk mendapatkan maklumat.

Contohnya seperti apa yang berlaku apabila ceramah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Penanti di Kampung Semambu, Penanti pada 25 Mei 2009 dimana pihak polis telah mengadakan sekatan jalanraya berhampiran dengan tempat ceramah tersebut.

Kehadiran anggota polis yang begitu ramai pada PRK sebelum ini dengan alasan melindungi ketenteraman awam diragui asas tujuannya.

Apakah polis sebenarnya bertindak sebagai pelindung Barisan Nasional (BN) atau dengan tujuan menunjukkan kekuatan politik BN?

Di harapkan dalam PRK akan datang, tidak perlulah lagi kerajaan membazirkan wang untuk menempatkan anggota keselamatan yang ramai kerana ini hanyalah satu pembaziran tambahan lagi kadar jenayah dinegara ini semakin meningkat.

Oleh itu biarkanlah anggota keselamatan seperti Polis menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukannya dilibatkan dalam politik.

Amin Iskandar,

Pengarah Eksekutif NIEI

Media Release

May 23, 2009

23rd May 2009

Nomination Day for Penanti By Election

The nomination day of the candidates for Penanti by-election was held at Institut Kemahiran Belia Negara in Penanti.

It is estimated, around 1500 supporters from the Pakatan Rakyat was here to raise support for their candidates.

The atmosphere was calm and ‘quite’ in and out of the hall.

The situation were different from the previous by-election (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang and Bukit Selambau) There has been no chanting or shouting nor cheerleaders and there was no ‘war’ of flags for the candidates during the nomination process.

Read more…

Kenyataan Media

May 23, 2009

23 Mei 2009

Hari Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Penanti

Hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil (PRK) kawasan DUN Penanti, Pulau Pinang telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara, Penanti.

Dianggarkan lebih kurang 1,500 orang penyokong, yang pada keseluruhannya penyokong Pakatan Rakyat, datang untuk mengiringi calon.

Keadaan di luar dewan penamaan calon kelihatan aman, tenteram dan ‘sunyi’.

Jauh berbeza dari piliharaya-pilihanraya kecil yang lalu (seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau), kali ini tidak ada sorak-sorai, tidak ada gendang dipalu dan tidak ada juga ‘perang’ kibaran bendera parti atau calon yang bertanding ketika proses penamaan calon berlangsung.

Kehadiran polis di jalanan pun tidak ramai. Ada cukup polis trafik mengawal lalu-lintas, tetapi setakat ini tidak ada sekatan jalanraya yang ditemui di Penanti ataupun di Permatang Pauh.

Cuma kelihatan dua jip ‘Pasukan Tindakan Ringan’ polis, berjumlah 12 orang anggota lengkap dengan senapang pelepas gas pemedih mata yang berada di luar kawasan penamaan calon.

NIEI mengalukan-ngalukan perkembangan baru ini, yakni pengurangan kehadiran dan gangguan polis dalam proses PRK kali ini.

Ia menenangkan keadaan dan membantu ke arah suasana yang sejahtera untuk orang ramai bagi mengundi secara bebas dan tenteram.

NIEI berharap pada masa akan datang, kerajaan tidak perlu menempatkan lagi anggota polis yang terlalu ramai dalam PRK oleh kerana Malaysia bukanlah negara yang sedang dalam peperangan.

Amin Iskandar,

Pengarah Eksekutif

By-elections a necessary evil, say polls watch groups

April 21, 2009

PETALING JAYA: While it may seem to be a waste of public funds, by-elections are a necessary evil, said election watch groups.

Malaysian For Free and Fair Elections chairman Syed Ibrahim Syed Noor said by-elections are part of the democratic structure.

“I think it is costly but I guess that is the cost of democracy and it is the people’s right to vote. If someone died, we can’t just replace him with the next person,” he said, citing Bukit Gantang and Batang Ai by-elections as examples.

On the case of the Bukit Selambau and Penanti assemblymen who resigned from their positions, he said it was probably the “gentlemanly” way.

“It is part of the responsibility of the assemblyman. They didn’t brush aside the accusations but let the people decide.”

Read more…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.