23 Mei 2009
Hari Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Penanti
Hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil (PRK) kawasan DUN Penanti, Pulau Pinang telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara, Penanti.
Dianggarkan lebih kurang 1,500 orang penyokong, yang pada keseluruhannya penyokong Pakatan Rakyat, datang untuk mengiringi calon.
Keadaan di luar dewan penamaan calon kelihatan aman, tenteram dan ’sunyi’.
Jauh berbeza dari piliharaya-pilihanraya kecil yang lalu (seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau), kali ini tidak ada sorak-sorai, tidak ada gendang dipalu dan tidak ada juga ‘perang’ kibaran bendera parti atau calon yang bertanding ketika proses penamaan calon berlangsung.
Kehadiran polis di jalanan pun tidak ramai. Ada cukup polis trafik mengawal lalu-lintas, tetapi setakat ini tidak ada sekatan jalanraya yang ditemui di Penanti ataupun di Permatang Pauh.
Cuma kelihatan dua jip ‘Pasukan Tindakan Ringan’ polis, berjumlah 12 orang anggota lengkap dengan senapang pelepas gas pemedih mata yang berada di luar kawasan penamaan calon.
NIEI mengalukan-ngalukan perkembangan baru ini, yakni pengurangan kehadiran dan gangguan polis dalam proses PRK kali ini.
Ia menenangkan keadaan dan membantu ke arah suasana yang sejahtera untuk orang ramai bagi mengundi secara bebas dan tenteram.
NIEI berharap pada masa akan datang, kerajaan tidak perlu menempatkan lagi anggota polis yang terlalu ramai dalam PRK oleh kerana Malaysia bukanlah negara yang sedang dalam peperangan.
Amin Iskandar,
Pengarah Eksekutif

Recent Comments