Analisa PRK Galas dan Batu Sapi
Pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi yang berlangsung baru-baru ini merubah rentak politik negara.
Galas yang dimiliki PAS dirampas oleh calon UMNO. BN berjaya mempertahankan kerusi mereka di Batu Sapi.
Keputusan PRK di kedua-dua kerusi tersebut membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP masih belum kuat untuk mengambil alih negara pada PRU 13.
Mengapa saya berkata begitu?
1) Keputusan meletakkan calon PKR di Batu Sapi membuktikan kepimpinan tertinggi Pakatan masih belum mempunyai jiwa besar kerana gagal untuk membeli hati Yong Teck Li agar SAPP menyertai mereka.
2) Kekuatan undi Cina bukanlah satu “safe deposit” untuk Pakatan.
3) Undi masyarakat pribumi dan majoriti adalah kunci kepada Putrajaya dimana BN masih menguasainya.
4) Program Pakatan untuk orang-orang Melayu dan Bumiputera masih belum meyakinkan dan usaha untuk menembusi kubu-kubu kuat BN masih lagi lemah.
5) Pimpinan Pakatan kebanyakkannya bersikap syok sendiri kerana lebih selesa berceramah dihadapan ribuan orang yang merupakan penyokong setia mereka berbanding untuk berusaha sedaya upaya untuk masuk ke kubu BN.
6) Kesilapan strategi kempen seperti menyerang Tengku Razaleigh Hamzah menyumbang kepada kegagalan untuk mempertahankan Galas.
Keputusan kedua-dua PRK Galas dan Batu Sapi memberikan “vitamin” kepada BN selepas kalah dalam banyak PRK.
Pilihanraya kecil Sarawak yang bakal berlangsung tahun hadapan akan menjadi “barometer” kepada keputusan PRU 13.
Jika BN menang besar, harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya dalam PRU 13 akan tinggal harapan.
Amin Iskandar,
Pengerusi.


