Suasana Kempen di Penanti

30 05 2009

Semenjak penamaan calon PRK kawasan ADUN Penanti pada hari Sabtu, 23hb May 2009 yang lalu, setiap malam 3-4 ceramah kempen pilihanraya diadakan. Tidak kurang daripada 20 ceramah telah diadakan setakat ini.

Menurut polis, 34 permit ceramah telah diluluskan dan setakat ini tidak ada permohonan permit ceramah yang ditolak.

Seratus peratus ceramah2 itu adalah anjuran PR.

Sangat berbeza dengan keadaan kempen PRK Permatang Pauh ketika Anwar Ibrahim (PR) bertanding melawan Arif Shah (UMNO) dulu.

Ketika itu banyak kerumitan, kerenah dan gangguan terhadap ceramah kempen PR. Permit ceramah tidak diluluskan, permit ceramah dilewat2kan kelulusannya – ada2 saja.

Ketika itu banyak sekatan jalanraya dibuat2 supaya perjalanan lalu-lintas jadi sesak dan lambat. Orang nak pergi ceramah tergendala. Orang awam yang menggunakan jalanraya menyumpah seranah.

Ketika itu, meski pun permit dilulus dan ceramah diadakan, berlaku pula gangguan helikopter beredar2 terbang di atas ruang angkasa tempat perhimpunan ceramah. Suara orang berceramah ditenggelamkan oleh bunyi bising helikopter.

Lampu spotlight dari helikopter itu pula disuluhkan kepada orang ramai yang berhimpun berceramah, sehingga menaikkan kemarahan – pastinya provokasi.

Tetapi kali ini, tanpa UMNO bertanding, keadaan terurus dengan aman dan damai. Polis pun nampaknya pada keseluruhannya tak ambil pot terhadap kempen2 dan ceramah PR.

Alangkah sejahteranya Malaysia jika semua PRK dan PRU apabila UMNO (dan juga BN) tak masuk campur dan tidak bertanding.

Lega beb!

Tak caya datanglah ke Penanti.

Yunus Ali,

Pengerusi NIEI

29 Mei 2009






Catatan di Penanti

28 05 2009

NIEI berada di Penanti untuk memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) di DUN tersebut bermula 22 Mei 2009.

Kami telah mengeluarkan kenyataan mengenai Hari Penamaan calon disini.

Sehingga hari ini, kempen pilihanraya berjalan lancar. Poster calon-calon yang bertanding kelihatan di sepanjang kawasan Penanti dimana poster dan bendera dari calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendominasi sepanjang kawasan DUN Penanti berbanding dengan calon-calon bebas yang bertanding.

Anggota keselamatan yang ditempatkan di Penanti tidak begitu ramai berbanding dengan PRK yang kami pantau sebelum ini seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Jelaslah tanpa kehadiran anggota keselamatan yang ramai sekalipun pilihanraya kecil masih boleh berjalan dengan aman dan tenteram.

Walaubagaimanapun, kehadiran polis trafik untuk membantu para pejalan kaki melintas jalan bagi menghadiri ceramah-ceramah kempen pilihanraya amat dialu-alukan.

Akan tetapi tidak perlulah anggota-anggota keselamatan mengadakan sekatan jalanraya berhampiran dengan tempat ceramah kerana ini akan menakutkan pengundi-pengundi untuk menghadiri ceramah sekaligus bertentangan dengan semangat demokrasi dan kebebasan untuk mendapatkan maklumat.

Contohnya seperti apa yang berlaku apabila ceramah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Penanti di Kampung Semambu, Penanti pada 25 Mei 2009 dimana pihak polis telah mengadakan sekatan jalanraya berhampiran dengan tempat ceramah tersebut.

Kehadiran anggota polis yang begitu ramai pada PRK sebelum ini dengan alasan melindungi ketenteraman awam diragui asas tujuannya.

Apakah polis sebenarnya bertindak sebagai pelindung Barisan Nasional (BN) atau dengan tujuan menunjukkan kekuatan politik BN?

Di harapkan dalam PRK akan datang, tidak perlulah lagi kerajaan membazirkan wang untuk menempatkan anggota keselamatan yang ramai kerana ini hanyalah satu pembaziran tambahan lagi kadar jenayah dinegara ini semakin meningkat.

Oleh itu biarkanlah anggota keselamatan seperti Polis menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukannya dilibatkan dalam politik.

Amin Iskandar,

Pengarah Eksekutif NIEI





Media Release

23 05 2009

23rd May 2009

Nomination Day for Penanti By Election

The nomination day of the candidates for Penanti by-election was held at Institut Kemahiran Belia Negara in Penanti.

It is estimated, around 1500 supporters from the Pakatan Rakyat was here to raise support for their candidates.

The atmosphere was calm and ‘quite’ in and out of the hall.

The situation were different from the previous by-election (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang and Bukit Selambau) There has been no chanting or shouting nor cheerleaders and there was no ‘war’ of flags for the candidates during the nomination process.

Read the rest of this entry »





Kenyataan Media

23 05 2009

23 Mei 2009

Hari Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Penanti

Hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil (PRK) kawasan DUN Penanti, Pulau Pinang telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara, Penanti.

Dianggarkan lebih kurang 1,500 orang penyokong, yang pada keseluruhannya penyokong Pakatan Rakyat, datang untuk mengiringi calon.

Keadaan di luar dewan penamaan calon kelihatan aman, tenteram dan ’sunyi’.

Jauh berbeza dari piliharaya-pilihanraya kecil yang lalu (seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau), kali ini tidak ada sorak-sorai, tidak ada gendang dipalu dan tidak ada juga ‘perang’ kibaran bendera parti atau calon yang bertanding ketika proses penamaan calon berlangsung.

Kehadiran polis di jalanan pun tidak ramai. Ada cukup polis trafik mengawal lalu-lintas, tetapi setakat ini tidak ada sekatan jalanraya yang ditemui di Penanti ataupun di Permatang Pauh.

Cuma kelihatan dua jip ‘Pasukan Tindakan Ringan’ polis, berjumlah 12 orang anggota lengkap dengan senapang pelepas gas pemedih mata yang berada di luar kawasan penamaan calon.

NIEI mengalukan-ngalukan perkembangan baru ini, yakni pengurangan kehadiran dan gangguan polis dalam proses PRK kali ini.

Ia menenangkan keadaan dan membantu ke arah suasana yang sejahtera untuk orang ramai bagi mengundi secara bebas dan tenteram.

NIEI berharap pada masa akan datang, kerajaan tidak perlu menempatkan lagi anggota polis yang terlalu ramai dalam PRK oleh kerana Malaysia bukanlah negara yang sedang dalam peperangan.

Amin Iskandar,

Pengarah Eksekutif